MAHAYA PUNYA
Entry About Affiliate Stuff +Follow

Berubah !


  Ya ALLAH , terima kasih sbb kau dah bukakan pintu hati aku untuk menjadi yg lebih baik dari sebelumnya . Memanglah kalau dah berubah jadi baik , tak semestinya baik sepenuhnya kan ? Kita manusia takdak yg perfect . Harap maklum . Tapi sekurang kurangnya DIA dah bukakan hati aku untuk ingin berubah . I say alhamdulillah to ALLAH s.w.t (= Kadang kadang terfikir jugak , "Bila nak berubah ?" Ehh , sapa lagi nak ubah kita kalau bukan diri sendiri , right ? Hmm , ramai orang cakap jodoh tuu rahsia ALLAH . Tapi , tak ramai yg cakap yg mati tuu pun rahsia ALLAH jugak kan ? Arghhhh , jangan tanya aku kenapa tetiba aku nak buat post nih . Tak salah pun kan :D Ahahaha !

  Tapi , kalau berubah saja tak cukup kalau tak melakukan apa yg disuruh olehNYA . Kita boleh mencuba ! Slow slow , insyaALLAH . Mesti aku boleh punya laa . Lagipun SPM dah nak dekat . Dan itu membuatkan aku menjadi tidak tenang ==' Hanya dengan kita mendekatikan diri dgn ALLAH , boleh menenangkan kita . And I' right ! Haa , jangan pulak masa kita susah ja kita ingat DIA . Tp , masa senang . Kita leka , kita lupa DIA . Sibuk cari harta didunia . Padahal kita patut menbuat amalan amalan didunia utk bekalan kita diakhirat kelak . Itulah dipanggil manusia yg tidak sedar diri . Masih tidak berpijak pd bumi yg nyata ??? Erghh !

  Sekarang , aku masih mencuba untuk berubah menjadi lebih baik , matang , dan berfikir untuk masa depan (= Aku mesti boleh punya la . InsyaALLAH , kena usaha lebih sikit . Memamg tak mudah , sbb banyak sangat dugaan . Tapi aku kena banyak bersabar . Demi kehidupan aku yg akan datang . Aminn ~ Aku berharap sangat yg kawan kawan aku pun akan berubah satu hari nanti supaya jadi insan yg berjaya , soleh solehah . Ya , sapa taknak kan tgk orang orang tersayang bahagia . Tapi dengan syarat ! Selalu la berbuat baik dengan orang sekeliling . Doa banyak banyak . Biar orang benci kita , jangan kita benci orang .

  Tak salah kalau jadi seorang yg pemaaf . Kerana ini akan mempermudahkan masa depan kita kelak . Macam mana hidup nak tenang , kalau suka bermusuh ? Berdendam ? Tak kemana pun semua tuu . Sekarang , aku dah buang semua sifat tuu . Dan jadi seorang yg bersifat lebih positif . Aku nak lupakan semua yg pernah aku buat sebelum nih . Aku dah nak exam SPM . Penting !!! Cemana la aku nak jawab exam dengan tenang kalau hati masih mempunyai rasa dendam semua tuu . Haih , cemana la ALLAH nak terangkan hati kita , sedangkan hati penuh dengan bintik hitam yg deselubungi benda benda yg tak baik kan ?  Sekarang aku dah sedar , apa itu erti hidup ! Bertapa pentingnya amalan amalan yg kita buat didunia ni . Cemana nak hadapi akhirat kalau dekat dunia ni asyik buat dosa ja kan ;'(

  Bila aku ingat balik . Yg ALLAH , rasa mcm nak menangis . Hmm ! Ntah laaa , rasa takut pun ada . Mak aku cakap dengan meminta dan memaafkan orang lain boleh buat hati jadi tenang . Bukan senang tahu ! Nanti kalau kita mati , kita tak sempat nak mintak maaf dekat orang lain , dan orang tuu tak maaf kan kita cemana ? Nauzubillah~ Belajar la memaafkan kesilapan orang lain . Dan belajar la meminta maaf dekat orang lain . Tuu pesan mak aku :D Tak susah mana pun sebenarnya nak mintak maaf nih dan memaafkan nih . Memang la kalau memaafkan perbuatan perbuatan yg orang buat dekat kita tuu tak kan mengubah apa apa . Sekurang kurangnya , hidup kita lebih mudah untuk masa akan datang . And then lantak laa , kalau ada sesetengah tuu yg tak nak maafkan kita . Itu urusan dia dengan ALLAH . Yg penting kita dah pergi minta maaf dekat dia ! Tak baik musuh lama lama . Sapa yg suka kan hidup dia penuh dengan musuh ja kan ? Aku pun tak nak kalau ada orang yg tak suka aku , benci aku . Tapi , kita tak boleh la memaksa . Jadi , dengan ini , aku nak mintak maaf banyak banyak dekat sesiapa yg aku pernah buat silap dulu . Tak kira la sengaja atau tak sengaja (= Harap korang maafkan aku !

p/s :: Maafla kalau post kali nih buat korang rasa aku ni tak layak nak ceramah orang . Ni apa yg aku rasa jaa (= Aku cuba jadi yg terbaikk untuk semua . Kawan kawan and family !


Welcome
Welcome to my wonderland..or just said my diary or more simple, blog. Leave your footsteps at the cbox ok? Don't forget to follow me. Thanks
Wechat ID- Ohh_Mahaya

ILYSM MFA :*
Daisypath Anniversary tickers

Shout Out


Contact Me
FACEBOOK Twitter Askfm



Follow Me